Assalamualaikum Wbt
Dengan wujudnya syarat baru JAIS di mana 70% dari jumlah kos pembinaan perlu dikutip sebelum kelulusan untuk memulakan pembinaan di beri, JPMKK telah membuat keputusan untuk membahagikan pembinaan kompleks Masjid kepada dua fasa dimana Fasa Satu akan merangkumi bangunan utama Masjid, infrastruktur dan kemudahan asas diikuti oleh Fasa Dua yang merangkumi Dewan Muktamar dan kemudahan-kemudahan lain.
Anggaran kos pembinaan terseluruh RM19Juta Kompleks Masjid Kota Kemuning telah dipecahkan kepada RM15Juta untuk Fasa Satu dan RM4Juta untuk Fasa Dua. Ini bermakna sasaran kutipan untuk mendapatkan kelulusan pembinaan dari JAIS adalah RM10.5Juta.
Jangan lupa bahawa semua sumbangan wakaf kepada tabung kami layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
JOM BERWAKAF!
No comments:
Post a Comment