Wednesday 10 July 2013

Penjelasan

Salam

Untuk mengelak dari sebarang kekeliruan atau spekulasi dari berpanjangan pihak jawatankuasa ingin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin terlintas diminda ahli kariah kami.

Sebagai muqadimah perlu dijelaskan dahulu bahawa projek pembinaan Masjid Kota Kemuning ini adalah hakmilik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dimana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan yang terdiri daripada ahli kariah sendiri. Memandangkan projek ini perlu dibiayai 100% oleh ahli kariah JAIS telah memberi tanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning (JPMKK) untuk mengutip dana dan menyiapkan projek ini.

Seterusnya,

Dalam menjawab cadangan Saudara Mahadi semalam untuk memulakan aktiviti pembinaan di tapak Masjid agar dapat mempercepatkan kutipan dana terdapat dua isu asas:

1) JPMKK masih belum menerima kelulusan dari pihak MBSA untuk permohonan "Kebenaran Merancang". Ini bermakna sebarang kerja pembinaan belum boleh dimulakan.

2) Keperluan dana untuk memulakan Fasa 1 yang merangkumi kos persiapan, kerja-kerja tanah dan piling.berjumlah RM2 juta masih belum tercapai.

Kelewatan mendapat kelulusan tersebut dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berpunca dari kesilapan dalam Warta Hakmilik Tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) dimana pecahan hakmilik tanah Masjid bercanggah dengan plan pembangunan yang diuruskan oleh MBSA.

JPMKK telah mengenalpasti masaalah ini pada Jun 2011 setelah melantik jurukur untuk menyemak semula sempadan tanah Masjid dan terus memaklumkan kepada pihak JAIS sebagai tuanpunya supaya pembetulan dapat dipohon dari pihak PDTK. Plan pecahan lot yang betul telah akhirnya dikenalpasti oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor pada Disember 2012 dimana pembetulan kepada warta tersebut masih sedang diproses oleh unit undang-undang PDTK.

Sementara itu pihak MBSA tidak dapat menerima atau memproses permohonan Kebenaran Merancang dari JPMKK sehingga isu warta hakmilik tanah diperbetulkan. Setelah menerima pengesahan dari PDTK pada Mac 2013 yang pembetulan itu sedang dijalankan MBSA akhirnya telah bersetuju untuk menerima permohonan JPMKK dan permohonan kami sedang diproses.

JPMKK berharap keterangan ini dapat membawa penjelasan kepada sebarang kekeliruan yang wujud dikalangan ahli kariah dan sesiapa yang menginginkan penjelasan yang lebih terperinci dijemput untuk menghubungi terus dengan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari JPMKK.

Ramadhan Mubarak

JPMKK ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua ahli kariah. Semoga diperbanyakkan membaca,memahami,mengamal dan menyebar al Quran, menambah solat–solat sunat dan sedekah sambil berpuasa. Semoga semua amalan yang kita lakukan kerana Allah pada bulan Ramadhan ini dan seterusnya akan diberi ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan kita Ameen

Tuesday 9 July 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 Jun 2013 adalah RM 738,157.31