Sunday, 10 November 2013

Berita Terkini

Assalamualaikum Wbt

Pada Rabu 30 Oktober 2013 pihak JAIS telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid yang dipengerusikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Ramli Bin Mahmud merangkap Timbalan Pengerusi MAIS. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Orang Besar Daerah, semua Pegawai Tadbir Agama Daerah, Pejabat Mufti dan wakil-wakil dari agensi-agensi terbabit.

JPMKK telah dijemput untuk memberi taklimat projek pembangunan Masjid kami dimana mesyuarat telah meluluskan secara dasar rekabentuk Masjid Kota Kemuning sebagaimana dibentangkan dengan syarat semua garispanduan teknikal dipatuhi.

Bagaimanapun, syarat baru telah dikemukakan didalam mesyuarat ini dimana semua projek pembangunan Masjid atau Surau di Negeri Selangor yang akan dibiayai dari kutipan dana anak kariah sendiri perlu mengumpul sebanyak 70% dari jumlah kos pembinaan sebelum pihak JAIS akan memberi kelulusan untuk memulakan sebarang pembinaan di tapak Masjid.

Dengan syarat baru yang dikenakan ini maka aktiviti kutipan dana Masjid Kota Kemuning kami perlu ditingkatkan dengan segera! Semua anak kariah Masjid Kota Kemuning digesa untuk melibatkan diri dalam usaha ini dan boleh menghubungi mana-mana AJK untuk keterangan atau informasi lanjut.

Sementara itu, pihak JPMKK juga telah berdaftar dibawah skim wakaf yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor yang merupakan anak syarikat MAIS. Dengan pendaftaran projek kami didalam skim wakaf ini maka semua derma dan wakaf yang diterima akan layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pihak AJK amat mengalukan sebarang bantuan dan kerjasama anak kariah kami untuk menjayakan usaha kami bersama untuk mendirikan rumah Allah di kariah kami untuk kebaikan dan kegunaan semua secepat mungkin. Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan usaha kami. Ameen

Wasalaam

No comments:

Post a Comment