Monday 16 December 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 November 2013 adalah RM 869,303.04

Thursday 21 November 2013

Plan Fasa 1 & 2 Kompleks Masjid Kota Kemuning


Keperluan Dana Fasa 1

Assalamualaikum Wbt


Dengan wujudnya syarat baru JAIS di mana 70% dari jumlah kos pembinaan perlu dikutip sebelum kelulusan untuk memulakan  pembinaan di beri, JPMKK telah membuat keputusan untuk membahagikan pembinaan kompleks Masjid kepada dua fasa dimana Fasa Satu akan merangkumi bangunan utama Masjid, infrastruktur dan kemudahan asas diikuti oleh Fasa Dua yang merangkumi Dewan Muktamar dan kemudahan-kemudahan lain.

Anggaran kos pembinaan terseluruh RM19Juta Kompleks Masjid Kota Kemuning telah dipecahkan kepada RM15Juta untuk Fasa Satu dan RM4Juta untuk Fasa Dua. Ini bermakna sasaran kutipan untuk mendapatkan kelulusan pembinaan dari JAIS adalah RM10.5Juta.

Jangan lupa bahawa semua sumbangan wakaf kepada tabung kami layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

JOM BERWAKAF!

Sunday 10 November 2013

Berita Terkini

Assalamualaikum Wbt

Pada Rabu 30 Oktober 2013 pihak JAIS telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid yang dipengerusikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Ramli Bin Mahmud merangkap Timbalan Pengerusi MAIS. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Orang Besar Daerah, semua Pegawai Tadbir Agama Daerah, Pejabat Mufti dan wakil-wakil dari agensi-agensi terbabit.

JPMKK telah dijemput untuk memberi taklimat projek pembangunan Masjid kami dimana mesyuarat telah meluluskan secara dasar rekabentuk Masjid Kota Kemuning sebagaimana dibentangkan dengan syarat semua garispanduan teknikal dipatuhi.

Bagaimanapun, syarat baru telah dikemukakan didalam mesyuarat ini dimana semua projek pembangunan Masjid atau Surau di Negeri Selangor yang akan dibiayai dari kutipan dana anak kariah sendiri perlu mengumpul sebanyak 70% dari jumlah kos pembinaan sebelum pihak JAIS akan memberi kelulusan untuk memulakan sebarang pembinaan di tapak Masjid.

Dengan syarat baru yang dikenakan ini maka aktiviti kutipan dana Masjid Kota Kemuning kami perlu ditingkatkan dengan segera! Semua anak kariah Masjid Kota Kemuning digesa untuk melibatkan diri dalam usaha ini dan boleh menghubungi mana-mana AJK untuk keterangan atau informasi lanjut.

Sementara itu, pihak JPMKK juga telah berdaftar dibawah skim wakaf yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor yang merupakan anak syarikat MAIS. Dengan pendaftaran projek kami didalam skim wakaf ini maka semua derma dan wakaf yang diterima akan layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pihak AJK amat mengalukan sebarang bantuan dan kerjasama anak kariah kami untuk menjayakan usaha kami bersama untuk mendirikan rumah Allah di kariah kami untuk kebaikan dan kegunaan semua secepat mungkin. Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan usaha kami. Ameen

Wasalaam

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Oktober 2013 adalah RM 843,554.96

Thursday 10 October 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 September 2013 adalah RM 825,797.91

Friday 6 September 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Ogos 2013 adalah RM 816,507.82

Thursday 15 August 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Julai 2013 adalah RM 780,280.23

Wednesday 10 July 2013

Penjelasan

Salam

Untuk mengelak dari sebarang kekeliruan atau spekulasi dari berpanjangan pihak jawatankuasa ingin menjelaskan beberapa perkara yang mungkin terlintas diminda ahli kariah kami.

Sebagai muqadimah perlu dijelaskan dahulu bahawa projek pembinaan Masjid Kota Kemuning ini adalah hakmilik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dimana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan yang terdiri daripada ahli kariah sendiri. Memandangkan projek ini perlu dibiayai 100% oleh ahli kariah JAIS telah memberi tanggungjawab kepada Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning (JPMKK) untuk mengutip dana dan menyiapkan projek ini.

Seterusnya,

Dalam menjawab cadangan Saudara Mahadi semalam untuk memulakan aktiviti pembinaan di tapak Masjid agar dapat mempercepatkan kutipan dana terdapat dua isu asas:

1) JPMKK masih belum menerima kelulusan dari pihak MBSA untuk permohonan "Kebenaran Merancang". Ini bermakna sebarang kerja pembinaan belum boleh dimulakan.

2) Keperluan dana untuk memulakan Fasa 1 yang merangkumi kos persiapan, kerja-kerja tanah dan piling.berjumlah RM2 juta masih belum tercapai.

Kelewatan mendapat kelulusan tersebut dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berpunca dari kesilapan dalam Warta Hakmilik Tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah Klang (PDTK) dimana pecahan hakmilik tanah Masjid bercanggah dengan plan pembangunan yang diuruskan oleh MBSA.

JPMKK telah mengenalpasti masaalah ini pada Jun 2011 setelah melantik jurukur untuk menyemak semula sempadan tanah Masjid dan terus memaklumkan kepada pihak JAIS sebagai tuanpunya supaya pembetulan dapat dipohon dari pihak PDTK. Plan pecahan lot yang betul telah akhirnya dikenalpasti oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor pada Disember 2012 dimana pembetulan kepada warta tersebut masih sedang diproses oleh unit undang-undang PDTK.

Sementara itu pihak MBSA tidak dapat menerima atau memproses permohonan Kebenaran Merancang dari JPMKK sehingga isu warta hakmilik tanah diperbetulkan. Setelah menerima pengesahan dari PDTK pada Mac 2013 yang pembetulan itu sedang dijalankan MBSA akhirnya telah bersetuju untuk menerima permohonan JPMKK dan permohonan kami sedang diproses.

JPMKK berharap keterangan ini dapat membawa penjelasan kepada sebarang kekeliruan yang wujud dikalangan ahli kariah dan sesiapa yang menginginkan penjelasan yang lebih terperinci dijemput untuk menghubungi terus dengan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari JPMKK.

Ramadhan Mubarak

JPMKK ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua ahli kariah. Semoga diperbanyakkan membaca,memahami,mengamal dan menyebar al Quran, menambah solat–solat sunat dan sedekah sambil berpuasa. Semoga semua amalan yang kita lakukan kerana Allah pada bulan Ramadhan ini dan seterusnya akan diberi ganjaran pahala yang setimpal dengan amalan kita Ameen

Tuesday 9 July 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 Jun 2013 adalah RM 738,157.31

Saturday 15 June 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Mei 2013 adalah RM 720,675.68

Wednesday 15 May 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 April 2013 adalah RM 697,190.68

Monday 22 April 2013

KEPERLUAN DANA FASA 1

Sasaran keperluan dana untuk permulaan Fasa 1 pembinaan adalah sejumlah RM2 juta yang merangkumi kos persiapan, kerja-kerja tanah dan piling.

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Mac 2013 adalah RM 634,254.45

Wednesday 27 March 2013

Kutipan Dana Pembangunan


Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 28 Februari 2013
adalah RM 618,630.86

Friday 15 February 2013

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Januari 2013 adalah RM 605,609.68

Saturday 19 January 2013

AKTIVITI JPMKK 2011 / 2012

Jan 2011 
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi kelulusan untuk membina Masjid di Kota Kemuning dengan syarat dibiayai sepenuhnya oleh ahli kariah sendiri

Feb 2011 
Senarai cadangan AJK Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning (JPMKK) diajukan kepada JAIS

Mei 2011 
Perlantikan AJK diluluskan oleh JAIS dan mesyuarat khas julung kaIi diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang

Jun 2011 
JPMKK menerima kelulusan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memulakan kutipan dana pembangunan Masjid Kota Kemuning

JPMKK melantik firma Jurukur untuk kerja menyemak dan menandakan sempadan tanah Masjid.

Sep 2011 
Risalah informasi bertajuk “Buletin Masjid Kota Kemuning” pertama diterbitkan

Okt 2011 
JPMKK meluluskan “Statement of Needs” untuk spesifikasi, ciri-ciri rekabentuk dan kemudahan yang dicadangkan untuk Kompleks Masjid Kota Kemuning

Jan 2012 
Empat firma arkitek dijemput untuk mengemukakan cadangan rekabentuk dan pakej komersil perundingan

Feb 2012 
Blog Masjid Kota Kemuning dilancarkan www.masjidkotakemuning.blogspot.com

Mac 2012 
Facebook Masjid Kota Kemuning dilancarkan www.facebook.com/masjidkotakemuning

Konsortium Perunding BZ Architech telah dilantik untuk menyiapkan cadangan rekabentuk Kompleks Masjid Kota Kemuning

Apr 2012 
Ceramah Perdana bersama Ustaz Mohd Kazim Elias bertajuk “Masjid Sebagai Tempat Penyatuan Ummah” dianjurkan untuk kutipan dana pembangunan Masjid

Mesyuarat dengan Y.A.D. Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani B. Pateh Akhir Orang Besar Daerah Klang merangkap Penaung JPMKK telah diadakan untuk mendapat maklumbalas dan nasihat dari Y.A.D.Dato’.

Mei 2012 
Cadangan awal rekabentuk Kompleks Masjid Kota Kemuning telah dibentangkan kepada PAID Klang untuk disemak dan kelulusan awal

Julai 2012 
Leaflet “Permohonan Dana Pembangunan Masjid (Wakaf & Sumbangan)” telah diedarkan

Kerja-kerja “Soil Investigation” dijalankan diatas tapak pembangunan

Okt 2012 
Permohonan ‘Pre-Submission’ pelan rekabentuk Kompleks Masjid telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Nov 2012 
Program “Berkhatan Beramai-ramai” dianjurkan oleh JPMKK di Poliklinik Shaik

Sunday 13 January 2013

Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Disember 2012 adalah RM 570,934.54