Thursday, 21 November 2013
Keperluan Dana Fasa 1
Assalamualaikum Wbt
Dengan wujudnya syarat baru JAIS di mana 70% dari jumlah kos pembinaan perlu dikutip sebelum kelulusan untuk memulakan pembinaan di beri, JPMKK telah membuat keputusan untuk membahagikan pembinaan kompleks Masjid kepada dua fasa dimana Fasa Satu akan merangkumi bangunan utama Masjid, infrastruktur dan kemudahan asas diikuti oleh Fasa Dua yang merangkumi Dewan Muktamar dan kemudahan-kemudahan lain.
Anggaran kos pembinaan terseluruh RM19Juta Kompleks Masjid Kota Kemuning telah dipecahkan kepada RM15Juta untuk Fasa Satu dan RM4Juta untuk Fasa Dua. Ini bermakna sasaran kutipan untuk mendapatkan kelulusan pembinaan dari JAIS adalah RM10.5Juta.
Jangan lupa bahawa semua sumbangan wakaf kepada tabung kami layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
JOM BERWAKAF!

Sunday, 10 November 2013
Berita Terkini
Assalamualaikum Wbt
Pada Rabu 30 Oktober 2013 pihak JAIS telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid yang dipengerusikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Ramli Bin Mahmud merangkap Timbalan Pengerusi MAIS. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua Orang Besar Daerah, semua Pegawai Tadbir Agama Daerah, Pejabat Mufti dan wakil-wakil dari agensi-agensi terbabit.

JPMKK telah dijemput untuk memberi taklimat projek pembangunan Masjid kami dimana mesyuarat telah meluluskan secara dasar rekabentuk Masjid Kota Kemuning sebagaimana dibentangkan dengan syarat semua garispanduan teknikal dipatuhi.
Bagaimanapun, syarat baru telah dikemukakan didalam mesyuarat ini dimana semua projek pembangunan Masjid atau Surau di Negeri Selangor yang akan dibiayai dari kutipan dana anak kariah sendiri perlu mengumpul sebanyak 70% dari jumlah kos pembinaan sebelum pihak JAIS akan memberi kelulusan untuk memulakan sebarang pembinaan di tapak Masjid.
Dengan syarat baru yang dikenakan ini maka aktiviti kutipan dana Masjid Kota Kemuning kami perlu ditingkatkan dengan segera! Semua anak kariah Masjid Kota Kemuning digesa untuk melibatkan diri dalam usaha ini dan boleh menghubungi mana-mana AJK untuk keterangan atau informasi lanjut.
Sementara itu, pihak JPMKK juga telah berdaftar dibawah skim wakaf yang dikendalikan oleh Perbadanan Wakaf Selangor yang merupakan anak syarikat MAIS. Dengan pendaftaran projek kami didalam skim wakaf ini maka semua derma dan wakaf yang diterima akan layak untuk dikecualikan daripada Cukai Pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pihak AJK amat mengalukan sebarang bantuan dan kerjasama anak kariah kami untuk menjayakan usaha kami bersama untuk mendirikan rumah Allah di kariah kami untuk kebaikan dan kegunaan semua secepat mungkin. Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan usaha kami. Ameen
Wasalaam
Kutipan Dana Pembangunan
Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Oktober 2013 adalah RM 843,554.96
Subscribe to:
Posts (Atom)