Saturday, 15 December 2012

Kutipan Dana Pembangunan

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 November 2012 adalah RM 549,259.57

Tuesday, 13 November 2012

Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Oktober 2012 adalah RM 500,116.47

Tuesday, 9 October 2012

Program Berkhatan Beramai-Ramai Sambil Beramal

Program Berkhatan Beramai-Ramai Sambil Beramal
Pada: Ahad 11 November 2012
Jam: 8 Pagi
Di: Poliklinik Shaik
PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG


Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 September 2012 adalah RM 447,365.87

Tuesday, 18 September 2012

Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Ogos 2012 adalah RM 436,134.19

Tuesday, 21 August 2012

Eid Mubarak!

Ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua. Kullu am wa antum bi-khair. TaqabAllah minna wa minkum.

Thursday, 16 August 2012

Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 31 Julai 2012 adalah RM 333,413.05

Saturday, 11 August 2012

Wednesday, 8 August 2012

LOKASI TERKINI TABUNG KUTIPAN DANA


Untuk kemudahan para Muslimin dan Muslimat yang ingin membuat sumbangan dana pembangunan Masjid Kota Kemuning pihak AJK telah menyediakan tabung kutipan dana dibeberapa tempat seperti tersenarai dibawah ini dan jika ada yang ingin mencadangkan lokasi baru sila hubungi kami......

LOKASI TERKINI (8 Ogos 2012)

Surau Kemuning Utama
Surau An-Namira
Surau An-Najihin
Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning
SA Kargo
Selera SA
Pasar Segar Ibu
Mini-Mart Pangsapuri Sri Kemuning
Bazar Rakyat Sri Nervilla
Klinik Famili – Kota Kemuning
Poliklinik Shaik – Kota Kemuning
Poliklinik Shaik – Bukit Jelutong
Klinik Cybermedik - Jalan Kebun
klinik Cybermedik - Bukit Kemuning
Petronas Kota Kemuning 1
Petronas Bukit Jelutong
Petronas KM2 Lebuhraya Damansara Puchong
Restaurant Chinese Muslim Homst Sec 13 Shah Alam
Restoran Asiba
Restaurant Mama Kandar
Restaurant Cereka
Restaurant Ameer Ehsan
Restaurant D’One Corner

Monday, 23 July 2012

Pembatalan Bazar Ramadhan

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Bazar Ramadhan yang dirancang terpaksa dibatalkan kerana sambutan dari pihak peniaga tidak memuaskan.

Friday, 20 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Semua Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin & muslimat dan semoga Allah SWT menerima ibadah kami semua sepanjang bulan yang mulia ini.

Thursday, 19 July 2012

CIRI-CIRI REKABENTUK & KEMUDAHAN MASJID KOTA KEMUNING


CIRI REKABENTUK UTAMA

·         Bangunan 2 1/2 Tingkat
·         Ruang Solat 3,500 Jemaah
·         Pejabat Masjid
·         Pusat Sumber
·         Bilik Seminar/Mesyuarat
·         Bilik Urusan Jenazah
·         Mesra OKU
·         Mesra Alam

KEMUDAHAN TAMBAHAN

·         Dewan Muktamar
·         Kediaman Imam & Bilal
·         Kawasan Urusan Korban
·         Kafeteria
·         Kiosk Perniagaan Kecil
·         Kamar Musafir
·         Kawasan Istirehat & Aktiviti Luar

Visual Masjid Kota Kemuning







Peta Lokasi Tapak Masjid Kota Kemuning


Bersedialah untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Monday, 16 July 2012

Kedudukan Kutipan Dana

Alhamdulillah jumlah kutipan tabung dana pembangunan Masjid Kota Kemuning setakat 30 Jun 2012 adalah RM 273,089.54

Monday, 2 July 2012

"Bazar Ramadhan & Aidil Fitri"


JPMKK akan menganjur "Bazar Ramadhan & Aidil Fitri" di tapak Masjid Kota Kemuning sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Butir-butir kadar sewa tapak bazar adalah seperti berikut:-

Bazar Ramadhan.
Saiz Tapak: 10' x 10' ( Kanopi tidak disediakan )
Sewa : RM500 sebulan
Waktu Operasi : 3.30pm ~ 7.30pm.

Bazar Aidil Fitri.
Saiz Tapak : 18' x 18' ( Kanopi dan elektrik disediakan )
Sewa : RM1500 sebulan
Waktu Operasi : 11.00am ~ 11.00pm

Semua kadar sewa termasuk Permit, Kebersihan dan Promosi.

Sesiapa yang ingin keterangan lanjut atau memohon lesen perniagaan boleh menghubungi talian 019-6111630 / 012-6303029


Sunday, 3 June 2012

Tuesday, 15 May 2012

Lokasi Tabung Kutipan Dana Masjid Kota Kemuning


Untuk kemudahan para Muslimin dan Muslimat yang ingin membuat sumbangan dana pembangunan Masjid Kota Kemuning pihak AJK telah menyediakan tabung kutipan dana dibeberapa tempat seperti tersenarai dibawah ini:

Surau Kemuning Utama
Surau An-Namira
Surau An-Najihin
Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning
SA Kargo
Selera SA
Pasar Segar Ibu
Mini-Mart Pangsapuri Sri Kemuning
Bazar Rakyat Sri Nervilla
Klinik Famili – Kota Kemuning
Poliklinik Shaik – Kota Kemuning
Poliklinik Shaik – Bukit Jelutong
Petronas Kota Kemuning 1
Petronas Bukit Jelutong
Petronas KM2 Lebuhraya Damansara Puchong
Restaurant Chinese Muslim Homst Sec 13 Shah Alam
Restoran Asiba
Restaurant Mama Kandar
Restaurant Cereka
Restaurant Asiq
Restaurant Ameer Ehsan
Restaurant D’One Corner
Café Delifrance Kota Kemuning

Thursday, 10 May 2012

Perlantikan Konsortium Bz Architect

JPMKK telahpun melantik Konsortium Bz Architect sebagai arkitek perunding dan mereka telah diamanahkan untuk menyediakan rekabentuk konsep Masjid Kota Kemuning.

Thursday, 5 April 2012

Ceramah Perdana - Ustaz Mohd Kazim Elias

Ceramah Perdana akan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Islam Kota Kemuning bagi mengutip dana pembinaan Masjid pada hari Isnin 23 Apr 2012 di tapak Masjid Kota Kemuning jam 8 malam.
Datang lah beramai-ramai....

Sunday, 19 February 2012

Pembinaan Masjid Kota Kemuning Diluluskan!



Sebidang tanah seluas 5 ekar untuk kegunaan pembinaan sebuah Masjid telah dijanjikan kepada penduduk Kota Kemuning didalam Plan Utama Pembangunan Kota Kemuning yang diluluskan oleh kerajaan tempatan hampir 15 tahun lalu.


Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya menyenaraikan cadangan pembinaan Masjid Kota Kemuning didalam Rancangan Malaysia Ke-9 pada tahun 2006. Walaubagaimanapun jangkamasa untuk penerimaan peruntukan dana dari pihak kerajaan tidak dapat dipastikan lagi dimasa itu.

Alhamdulillah kebenaran untuk mendirikan sebuah Masjid diatas tanah tersebut telah diterima dari pihak JAIS pada 31hb Januari 2011. Kebenaran ini adalah berdasarkan kos pembangunan Masjid yang perlu dibiayai sepenuhnya oleh ahli kariah sendiri memandangkan jangkamasa peruntukan dari pihak kerajaan masih belum dapat ditentukan.

Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kota Kemuning (JPMKK) telah diamanahkan untuk mengendali semua usaha-usaha yang perlu untuk menjadikan Masjid kami ini suatu kenyataan InshaAllah.

Mesyuarat Khas antara JPMKK dan Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAIDK) telah diadakan pada 30hb Mei 2011  dimana beberapa garis panduan dan cadangan aktiviti telah diterima. Antaranya adalah penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil (JKK) Dana, JKK Teknikal, JKK Penerangan dan JKK Dakwah dimana JPMKK berharap penduduk Kota Kemuning yang mempunyai kepakaran tertentu dialu-alukan menyumbang kepakaran masing-masing didalam mana-mana JKK tersebut.

Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga telah memberikan kebenaran kepada JPMKK pada 30hb Jun 2011 untuk memulakan kutipan khairat pembinaan Masjid Kota Kemuning. Berikutan ini pada 29 Julai 2011 PAIDK telah mengeluarkan surat kebenaran untuk meletak tabung kutipan khairat  Masjid di semua Surau-Surau di Kota Kemuning.

Angaran awal kos pembangunan Masjid dijangka sejumlah RM15 Juta. Pembinaan peringkat pertama disasarkan bermula setelah dikumpul dana sebanyak RM5 Juta. Setakat akhir bulan Januari 2012 jumlah kutipan adalah RM80,000.

JPMKK juga akan melantik firma Arkitek bertauliah bagi menyiapkan rekabentuk Masjid Kota Kemuning dan sekaligus mendapatkan anggaran pembinaan yang lebih tepat serta kelulusan pembinaan secepat mungkin.

JKK PENERANGAN